Jumat, 14 Maret 2014

Pekerja swasta dakwa tertipu!

  • Pekerja swasta dakwa tertipuMaizatul menunjukkan surat notis guaman dan kad sim yang belum digunakannya.
< 1 / 2 >
BAGAN SERAI - Seorang pekerja swasta terkejut apabila diminta menjelaskan tunggakan bil penggunaan pasca bayar berjumlah hampir RM300 oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan meskipun tidak pernah menggunakan perkhidmatan syarikat itu sebelum ini.

Lebih menghairankan, bil tunggakan itu dicajkan atas alasan kad sim sudah didaftarkan pada penghujung tahun lalu, sedangkan dia tidak pernah mengaktifkan kad sim itu sehingga kini.

Mangsa, Maizatul Akma Yasin, 24, mendakwa, pada November tahun lalu, dia mengikuti satu rombongan kerjaya di Kuala Lumpur dan membeli kad sim tersebut dari syarikat yang mengadakan promosi berhampiran tempat penginapannya.

Menurutnya, sebelum mendaftarkan diri menggunakan perkhidmatan pasca bayar syarikat telekomunikasi itu, jurujual terlibat menyatakan tiada cas dikenakan jika dia tidak mengaktifkan sim kad berkenaan.

“Berpegang pada alasan itu, saya bertindak mendaftarkan dua kad sim dari syarikat itu untuk kegunaan saya dan ahli keluarga, namun setelah berbincang dengan keluarga, kami memutuskan tidak mahu menggunakannya berikutan bimbang terikat dengan bil telefon yang tinggi,” katanya.

Maizatul mendakwa, pada Jun lalu, dia menerima satu notis bil tunggakan dari syarikat telekomunikasi tersebut yang menyatakan sejumlah RM297.60 perlu dijelaskannya segera.

Jelasnya, sehingga kini mangsa menerima empat surat dari syarikat itu menyatakan dia perlu membayar jumlah tersebut.

“Saya hairan pihak syarikat itu mengenakan caj walaupun saya tidak mengaktifkan kad sim yang didaftarkan sebelum ini.

“Lebih mengejutkan, saya kini menerima dua surat guaman dari syarikat yang akan mengambil tindakan undang-undang jika bil tidak dijelaskan segera,” katanya.

Maizatul berkata, dia berasa tertipu dengan tindakan syarikat telekomunikasi terbabit mengenakan caj tunggakan terhadapnya walaupun kad sim yang didaftarkan tidak pernah digunakan.

“Berikutan itu, saya membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya juga cuba mendapatkan penjelasan dari beberapa agen syarikat tersebut namun hampa kerana jawapan diberikan tidak memuaskan,” katanya.

Maizatul menggesa syarikat berkenaan segera menyelesaikan perkara itu atau bakal berdepan tindakan undang-undang kerana bertindak memalukannya dengan menghantar notis guaman.

sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar